Friday, January 16, 2009

Lahirnya Blog Tool & Die Club


Assalammualaikum kepada warga warga IKBN Pagoh amnya dan warga-warga sekolah Alatan dan Acuan khasnya.

Hari ini lahirlah buah tangan terbaru dari sekolah alatan dan acuan IKBN Pagoh. BLOG TOOL & DIE CLUB. Semoga dengan lahirnya blog ini akan menjadi wacana terbaik buat pelajar-pelajar sekolah alatan dan acuan berkongsi maklumat, cerita serta aktiviti terkini yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh yang demikian, mereka yang berada di luar pagar IKBN Pagoh ini dapat mengetahui perkembangan pelajar-pelajar IKBN Pagoh terutamanya pelajar Sekolah Alatan Dan Acuan.

Insya-Allah, blog ini akan di kemaskini dengan sekerap mungkin bagi memastikan anda yang berada di luar sana mengetahui betapa indah dan menariknya berada di dalam komuniti Tool & Die IKBN Pagoh.

Sekian, Salam pengenalan dari Editor Blog Tool & Die.

Sekiranya anda mempunyai artikel yang ingin disiarkan di blog ini, sila emelkan kepada TNDclub.IKBNP@gmail.com