Sunday, April 5, 2009

Maulidurrasul

Pada 13 Mac 2009,Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh telah mengadakan sambutan maulidurrasul peringkat dalaman.Sambutan ini juga telah diraikan dengan kerjasama yang diberikan oleh warga IKBN Pagoh.Selain itu,AJK Masjid Al-Taqwa turut mengadakan pertandingan marhaban,sepanduk dan bacaan berzanzi.Sekolah Alatan dan Acuan tidak ketinggalan untuk menghantar pelajar yang terpilih dalam pertandingan tersebut.Bagi acara marhaban,Sekolah Alatan dan Acuan telah menghantar wakil dengan menampilkan pakaian seragam yang dirancang terlebih awal sebelum sembutan diadakan.Sepanduk pula,Sekolah Alatan dan Acuan telah berjaya menyiapkan dengan hiasan yang memuasakn.Sehubungan dengan itu,kakitangan sekolah Alatn dan Auan amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar.Dengan ini , sekolah Alatan dan Acuan telah dinobatkan sebagai johan marhaban dan naib johan bagi bahagian sepanduk
SUKAN TOOL & DIE CLUB


Baru-baru ini biro sukan tool & die club telah mengadakan acara sukan peringkat dalaman. Acara ini bermula pada 25 feb 2009 sehingga 2 april 2009. Aktiviti yang telah dianjurkan ini telah mendapat sambutan semua warga tool & die. Pelbagai acara telah ditandingkan antaranya futsal, carrom, dart, badminton, dan pingpong. Selain daripada itu, setiap perserta yang menyetai pentandingan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM1. Manakala acara badminton pula bayarannya RM2 setaap penyertaan. Sepanjang aktiviti tersebut peserta memberi kerjasama yang dan menunjukan minat memdalam terhadap sukan.
INDOOR GAME

Pada 4 mac 2009 yang lalu, kelab perpustakaan telah menganjurkan satu program karnivar uji minda dan “indoor game” bersama MPP bertampat dewan karisma IKBN PAGOH. Program ini telah dijalankan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sehubungan dengan itu, sebahagian pelajar daripada setiap sekolah telah dilantik sebaagai AJK pelaksanaan sepanjang program dijalankan. Program ini terbuka kepada semua warga ikbn dan setiap yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran RM1 bagi satu acara yang disertainya. Acara yang ditandingkan bagi indoor game ialah seperti catur, congkak, dam haji, shahiba dan corrom. Manakala acara uji minda pula ialah seperti teka silang kata, sudoku gali-gali perkataan, cari perkataan, cari perkataan tersembunyi, cari beza gambar tersembunyi, mencipta mutiara kata, teka logo kelab perpustakaan, kuiz minda, dan Getting to know ikbn pagoh. Sambutan dari para pelajar amat memuaskan. Kesimpulannya, program yang dijalankan ini dapat memberi banyak manfaatkepada semua pelajar.