Wednesday, February 18, 2009

Program membudayakan Al-Quran


Jumaat,23 januari - bertempat di Masjid Al-Taqwa IKBN Pagoh,telah berlangsung satu program membaca Al-Quran yang telah disertai oleh semua pelajar dan pengajar sekolah alatan dan acuan.
Program ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi. Tujuan program ini diadakan ialah bagi memupuk minat pelajar untuk terus membaca Al-Quran dan juga mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Al-Imran merupakan surah yang dibaca pada pagi itu dengan bacaan diketuai oleh Ustaz Rahman dan diterjemahkan bacaannya oleh Ustaz Akmal.
Program seperti ini akan terus diadakan bagi menyuburkan minat membaca Al-Quran di kalangan generasi
baru yang kini kelihatan semakin kurang berminat untuk
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga dengan penyertaan pelajar Tool & Die dalam program ini dapat melimpahkan nur di hati mereka supaya lebih cemerlang dari segala aspek. Amin....

Seminar Kerjaya di Mid Valley



Pada 17 januari, kelab tool and die telah mengadakan satu lawatan ke seminar kerjaya yang telah diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai oleh pelajar tool and die dan telah diiringi pengajar. Lawatan ini telah diadakan oleh biro pendidikan dan keusahawanan kelab tool and die yang dikendalikan oleh pengajar sekolah tool and die iaitu En Ridzuan Bin Shariff.

Seramai 37 orang pelajar yang telah terpilih untuk menyertai seminar ini dimana sejumlah pelajar lelaki seramai 27 orang dan pelajar perempuan seramai 10 orang serta diiringi oleh 3 orang pegawai yang terdiri daripada pengajar sekolah alatan dan acuan. Lawatan ini telah diadakan bagi membantu pelajar yang akan menamatkan pengajian bagi mendapatkan pekerjaan. Seminar ini juga akan memdedahkan pelajar dengan alam pekerjaan.
Rombongan dari ikbn telah bertolak ke Kuala Lumpur dari IKBN Pagoh pada jam 7.30 pagi.Suasana di Mid Valley begitu meriah dengan kehadiran ramai graduan-graduan dan orang ramai yang ingin mencuba mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Untuk mencari pekerjaan, orang ramai cuma perlu mengisi borang dan meninggalkan biodata lengkap kepada syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan. Mereka juga boleh memohon secara online dengan memuatnaik biodata lengkap mereka dan menghantar melalui email yang telah disediakan oleh syarikat. Disitu juga terdapat ruangan temuduga dimana orang ramai boleh terus ditemuduga oleh syarikat yang memerlukan pekerja. Jika memenuhi kriteria yang dikehendaki mereka akan diterima untuk bekerja.

CAKNA PALESTIN

Pada 22 jan 2009 yang lalu kelab Tool&Die telah mengadakan satu kutipan derma bagi rakyat palestin yang sekarang ini berada dalam peperangan.Kutipan ini telah dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.kami telah menhantar 2 orang pelajar untuk mewakili pihak Tool & Die untuk mengutip derma. Mereka ialah Muhamad Hazwani Bin Zakaria dan Siti Norhidayah Bt Aman. Kutipan derma yang dilaksanakan oleh kelab Tool&Die ini bukan saja dapat sambutan pelajar Tool&Die saja tetapi semua pelajar dan juga kakitangan ikbn. Jumlah kutipan yang dapat dikumpul sebanyak RM 530.00 telah dimasukan ke TABUNG NSTP UNTUK GAZA. Kami warga Tool&Die sangat prihatin dan kami berharap kutipan yang kami jalankan ini dapat sedikit sebanyak membantu rakyat palestin.

Sambutan hari jadi pelajar

Setiap insan pasti menunggu hadirnya hari ulang tahun kelahirannya pada setiap tahun. Mereka akan merasa gembira jika ulang tahun kelahiran diraikan sama ada oleh keluarga ataupun rakan-rakan.
kelab Tool&Die meraikan majlis yang penuh kegembiraan bagi pelajar Tool&Die yang menyambut ulang tahun kelahiran. Mereka telah diberi kad ucapan dan juga hadiah pada majlis tersebut. Sebelum majlis bersurai semau pelajar menyanyikan lagu happy birthday tanda meraikan mereka.

“HAPPY BIRTHDAY DAN SEMOGA PANJANG UMUR”

Wednesday, February 11, 2009

Pendaftaran SESI 1/2009

Pada 6 januari 2009 IKBN Pagoh telah mengambil pelajar baru bagi sesi 1/2009. Sekolah Alatan Dan Acuan telah menerima seramai 25 orang pelajar baru. Seramai 11 pelajar tahap 1 telah di pilih dalam peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan seramai 14 pelajar tahap 1 dalam peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).Pendaftaran ini telah di jalankan pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.Selain pendaftaran pelajar tahap 1, pihak sekolah juga telah membuka peluang kepada pelajar lepasan tahap 2 dan 3 untuk menyambung pelajaran mereka. Seramai 7 orang pelajar layak menyambung pelajaran mereka di tahap 4 dan 3 orang pelajar melapor diri untuk melanjutkan pengajian mereka di tahap 3. Di harapkan pelajar-pelajar baru dapat memperolehi ilmu yang berguna disamping mempertingkatkan kemahiran diri mereka sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Maka semakin meriahlah warga Tool & Die dengan kehadiran pelajar baru. MARILAH KITA SAMA SAMA BERUSAHA MEMARTABATKAN SEKOLAH ALATAN DAN ACUAN MENJADI YANG TERBAIK DI IKBN PAGOH. TOOL & DIE MAJU 2010