Wednesday, February 18, 2009

Program membudayakan Al-Quran


Jumaat,23 januari - bertempat di Masjid Al-Taqwa IKBN Pagoh,telah berlangsung satu program membaca Al-Quran yang telah disertai oleh semua pelajar dan pengajar sekolah alatan dan acuan.
Program ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi. Tujuan program ini diadakan ialah bagi memupuk minat pelajar untuk terus membaca Al-Quran dan juga mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Al-Imran merupakan surah yang dibaca pada pagi itu dengan bacaan diketuai oleh Ustaz Rahman dan diterjemahkan bacaannya oleh Ustaz Akmal.
Program seperti ini akan terus diadakan bagi menyuburkan minat membaca Al-Quran di kalangan generasi
baru yang kini kelihatan semakin kurang berminat untuk
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga dengan penyertaan pelajar Tool & Die dalam program ini dapat melimpahkan nur di hati mereka supaya lebih cemerlang dari segala aspek. Amin....

4 comments:

  1. ele... wei paih, ko bkn ngaji tp ko tdo.
    hahaha...
    org g, ko pn g...
    org dpt phala, ko dpt tdo..
    pe nk jd la ko no paih..

    ReplyDelete
  2. peninggalan RASULULLAH S.A.W kpd umat akhir zaman baginda..
    i .AL-QURAN
    ii.HADIS
    ambillah peluang dikesempatan yg ada,mudah2an mdapat kberkatan dan manfaat..
    harap pd sume warga TOOL&DIE dpt myemarakkan lg mjlis2 spt ini..
    ikhlas : Mohd Nizamuddin bin Zainol
    (batch 1/2003)

    ReplyDelete