Sunday, April 5, 2009
Pada 13 Mac 2009,Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh telah mengadakan sambutan maulidurrasul peringkat dalaman.Sambutan ini juga telah diraikan dengan kerjasama yang diberikan oleh warga IKBN Pagoh.Selain itu,AJK Masjid Al-Taqwa turut mengadakan pertandingan marhaban,sepanduk dan bacaan berzanzi.Sekolah Alatan dan Acuan tidak ketinggalan untuk menghantar pelajar yang terpilih dalam pertandingan tersebut.Bagi acara marhaban,Sekolah Alatan dan Acuan telah menghantar wakil dengan menampilkan pakaian seragam yang dirancang terlebih awal sebelum sembutan diadakan.Sepanduk pula,Sekolah Alatan dan Acuan telah berjaya menyiapkan dengan hiasan yang memuasakn.Sehubungan dengan itu,kakitangan sekolah Alatn dan Auan amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar.Dengan ini , sekolah Alatan dan Acuan telah dinobatkan sebagai johan marhaban dan naib johan bagi bahagian sepanduk
Baru-baru ini biro sukan tool & die club telah mengadakan acara sukan peringkat dalaman. Acara ini bermula pada 25 feb 2009 sehingga 2 april 2009. Aktiviti yang telah dianjurkan ini telah mendapat sambutan semua warga tool & die. Pelbagai acara telah ditandingkan antaranya futsal, carrom, dart, badminton, dan pingpong. Selain daripada itu, setiap perserta yang menyetai pentandingan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM1. Manakala acara badminton pula bayarannya RM2 setaap penyertaan. Sepanjang aktiviti tersebut peserta memberi kerjasama yang dan menunjukan minat memdalam terhadap sukan.
Pada 4 mac 2009 yang lalu, kelab perpustakaan telah menganjurkan satu program karnivar uji minda dan “indoor game” bersama MPP bertampat dewan karisma IKBN PAGOH. Program ini telah dijalankan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sehubungan dengan itu, sebahagian pelajar daripada setiap sekolah telah dilantik sebaagai AJK pelaksanaan sepanjang program dijalankan. Program ini terbuka kepada semua warga ikbn dan setiap yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran RM1 bagi satu acara yang disertainya. Acara yang ditandingkan bagi indoor game ialah seperti catur, congkak, dam haji, shahiba dan corrom. Manakala acara uji minda pula ialah seperti teka silang kata, sudoku gali-gali perkataan, cari perkataan, cari perkataan tersembunyi, cari beza gambar tersembunyi, mencipta mutiara kata, teka logo kelab perpustakaan, kuiz minda, dan Getting to know ikbn pagoh. Sambutan dari para pelajar amat memuaskan. Kesimpulannya, program yang dijalankan ini dapat memberi banyak manfaatkepada semua pelajar.
Tuesday, March 31, 2009
EKSPEDISI KE GUA TEMPURUNG
Pada 7 februari 2009, kelab tool and die telah mengadakan satu lawatan ke gua tempurung. Seramai 35 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini dan telah dipantau oleh 4 orang pengajar. Lawatan ini telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tempat – tempat menarik yang terdapat di
Gua Tempurung adalah salah satu gua yang terkenal di
Gua tempurung mempunyai 4 laluan yang boleh dipilih oleh pengunjung. Rombongan dari IKBN telah memilih laluan ketiga yang memakan masa selama tiga jam untuk sampai ke penghujung gua. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama dalam mengharungi rintangan semasa menyusuri gua tersebut.
Wednesday, February 18, 2009
Program membudayakan Al-Quran
Jumaat,23 januari - bertempat di Masjid Al-Taqwa IKBN Pagoh,telah berlangsung satu program membaca Al-Quran yang telah disertai oleh semua pelajar dan pengajar sekolah alatan dan acuan.
Program ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi. Tujuan program ini diadakan ialah bagi memupuk minat pelajar untuk terus membaca Al-Quran dan juga mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Al-Imran merupakan surah yang dibaca pada pagi itu dengan bacaan diketuai oleh Ustaz Rahman dan diterjemahkan bacaannya oleh Ustaz Akmal.
Program seperti ini akan terus diadakan bagi menyuburkan minat membaca Al-Quran di kalangan generasi
baru yang kini kelihatan semakin kurang berminat untuk
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga dengan penyertaan pelajar Tool & Die dalam program ini dapat melimpahkan nur di hati mereka supaya lebih cemerlang dari segala aspek. Amin....
Seminar Kerjaya di Mid Valley
Pada 17 januari, kelab tool and die telah mengadakan satu lawatan ke seminar kerjaya yang telah diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai oleh pelajar tool and die dan telah diiringi pengajar. Lawatan ini telah diadakan oleh biro pendidikan dan keusahawanan kelab tool and die yang dikendalikan oleh pengajar sekolah tool and die iaitu En Ridzuan Bin Shariff.
Seramai 37 orang pelajar yang telah terpilih untuk menyertai seminar ini dimana sejumlah pelajar lelaki seramai 27 orang dan pelajar perempuan seramai 10 orang serta diiringi oleh 3 orang pegawai yang terdiri daripada pengajar sekolah alatan dan acuan. Lawatan ini telah diadakan bagi membantu pelajar yang akan menamatkan pengajian bagi mendapatkan pekerjaan. Seminar ini juga akan memdedahkan pelajar dengan alam pekerjaan.
Rombongan dari ikbn telah bertolak ke Kuala Lumpur dari IKBN Pagoh pada jam 7.30 pagi.Suasana di Mid Valley begitu meriah dengan kehadiran ramai graduan-graduan dan orang ramai yang ingin mencuba mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Untuk mencari pekerjaan, orang ramai cuma perlu mengisi borang dan meninggalkan biodata lengkap kepada syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan. Mereka juga boleh memohon secara online dengan memuatnaik biodata lengkap mereka dan menghantar melalui email yang telah disediakan oleh syarikat. Disitu juga terdapat ruangan temuduga dimana orang ramai boleh terus ditemuduga oleh syarikat yang memerlukan pekerja. Jika memenuhi kriteria yang dikehendaki mereka akan diterima untuk bekerja.